Lokasi dan Sejarah Kampung Kuantan, Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan
"Kelip-kelip" atau "kunang-kunang" terdapat dengan banyaknya disepanjang Sungai Selangor yang merentasi Kampung Kuantan ini.
Keindahan kelip-kelip ini hanya dapat dilihat pada waktu malam. Ketika itu, serangga ini akan berterbangan dalam jumlah yang banyak di sepanjang sungai ini
Pada waktu itu, seolah-olah pokok-pokok dan belukar itu dipasang dengan ribuan lampu kelip-kelip. Fenomena alam ini pasti akan memukau pandangan sesiapa sahaja. Terdapat pelancung dalam dan luar negeri yang datang berkali-kali semata-mata untuk melihat dan menghayati keindahan tersebut.
Walaupun banyak usaha telah dilakukan untuk menunjukkan keindahan kelip-kelip ini melalui gambar dan video, tetapi tidak akan sama dengan pengalaman melihatnya dengan mata sendiri diwaktu malam dikawasan semulajadinya.Hanya dengan cara ini lah sahaja anda berpeluang melihat dan menghargai keindahan kelip-kelip ini.
Gambar atau video boleh diambil dari jarak dekat dari atas sampan semasa anda melawat kelip-kelip ini. Walaubagaimanapun, adalah dinasihatkan agar anda menggunakan kamera Infra Red atau Night/Dark Vision yang berkualiti tinggi.
Penggunaan flash kamera biasa didapati kurang membantu ketika merakam aksi kelip-kelip ini kerana beberapa faktor seperti cahaya flash lebih terang dari kerlipan kelip-kelip dan lain-lain, oleh itu hasil rakaman tersebut biasanya tidak mencapai hasrat yang diingini. Atau dengan perkataan lain, tidak dapat menggambarkan dengan sebenarnya keindahan kelip-kelip tersebut sepertimana yang dilihat secara "live".

Sejarah Ringkas Kg Kuantan
Sejarah Kampung Kuantan amat berkait rapat dengan sejarah Bukit Melawati yang terletak di Kuala Selangor yang merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Selangor pada masa pemerintahan Sultan Abdul Samad (1811-1898). Kedudukan Bukit Melawati yang mengadap laut merupakan kubu dan benteng pertahanan negeri Selangor ketika itu. Pada hari ini, Bukit Melawati telah dipulihara dan menjadi satu destinasi pelancungan bersejarah yang paling utama di Selangor. Antara kesan sejarah yang masih ada ialah makam-makam diraja, kubu pertahanan, meriam, rumah api, telaga beracun, batu tempat memancung kepala penjenayah dan lain-lain.
Rakyat jelata pada masa itu tinggal di sepanjang Sungai Selangor yang merupakan laluan utama pengangkutan air seperti kapal, sampan, tongkang dan lain-lain. Antara kampung yang terdapat di sepanjang Sungai Selangor adalah Kg Kuantan, Kg Tanjung Siam, Kg Kedah, Kg Bukit Belimbing, Kg Teluk Penyamun dan lain-lain.
Dipercayai Kg Teluk Penyamun didiami oleh sekelompok penyamun yang menjalankan kerja-kerja merompak di Sungai Selangor. Kg Kedah dan Kg Tanjung Siam didiami oleh orang Kedah dan Siam yang dibawa masuk oleh Tengku Kudin yang berasal dari Istana Kedah menantu kepada Sultan Abdul Samad untuk membantunya dalam perang saudara menentang Tengku Mahadi. Perang saudara tersebut dimenangi oleh Tengku Kudin dengan bantuan British.
Kelip-kelip Kg Kuantan ini lebih istimewa berbanding di tempat lain kerana kerlipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu dengan kadar 3 kerlipan sesaat.
Harga Tiket dan Waktu Perkhidmatan Pusat Pelancungan Kelip-Kelip Kg Kuantan
Harga Tiket ialah RM53.00 (termasuk GST) bagi satu sampan yang boleh memuatkan 4 orang.
Harga Tiket dan Waktu Perkhidmatan Pusat Pelancungan Kelip-Kelip Kg Kuantan
Harga Tiket ialah RM53.00 (termasuk GST) bagi satu sampan yang boleh memuatkan 4 orang.
Kaunter tiket mulai dibuka pada pukul 7.45 petang sehingga 10.30 malam. Pengunjung dinasihatkan supaya sampai di Pusat Pelancungan ini selewat-lewatnya pukul 7.00 malam.
No comments:
Post a Comment